Sertai Revolusi Pelancongan Kelantan

Inisiatif Digital Kerajaan Negeri untuk Memajukan Industri Pelancongan

Selamat datang ke WowKelantan, inisiatif platform pelancongan digital oleh  Kerajaan Negeri Kelantan. WowKelantan diwujudkan untuk menjadi jambatan yang menghubungkan perniagaan anda dengan pelancong dari dalam dan luar negara.

WowKelantan bukan sekadar platform; ia adalah peluang anda untuk berkembang! Kami memudahkan pelancong mencari dan menempah penginapan, kereta sewa, pakej percutian, serta acara menarik di Kelantan. Dengan promosi dinamik, terancang dan bersasar, kami pastikan perniagaan anda akan menonjol dan lebih dikenali ramai.

Kenapa Anda Wajib Sertai WOW Kelantan?

Pusat Sehenti Pelancongan Digital Kelantan

Satu-satunya platform yang fokus 100% dan komited sepenuhnya kepada industri pelancongan negeri Kelantan.

Sistem Tempahan Mudah

Pelanggan boleh menempah perkhidmatan anda dengan pantas dan selamat melalui sistem yang mesra pengguna.

Galeri Profesional

Pamerkan hotel, homestay, kereta sewa, pakej percutian, atau acara anda dengan galeri foto yang menawan. Tarik perhatian pelancong dengan visual yang memukau.

Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini!

Daftar minat anda di bawah dan wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Impak promosi WowKelantan

Dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Kelantan, platform ini akan dipromosikan secara strategik di pelbagai saluran digital. Ini adalah peluang anda untuk mencapai pasaran yang lebih besar!

Daftar Minat Anda Sekarang!

Daftar Minat WowKelantan
Satu inisiatif oleh
Kerajaan Negeri Kelantan
Pelaksana:
Kijang Handal Sdn bhd
Hakcipta Terpelihara Kijang Handal Sdn Bhd 2025